Thursday, May 24

Banyak tempat plus random

Assalamualaikum peeps

Hari ini , aku buat entry sempoi sebab aku penat nak buat entry yang ayat ala-ala dalam novel , yang entah kenapa aku pun taktau tiba-tiba nak buat entry yang ayatnya begituu skematikus bagai *ayat aku macam sengal* Aku rasa ni mesti kes aku banyak baca entry orang yang aku suka baca entry mereka , yang entry mereka jalan cerita ala-ala cerpen pendek , yang aku sangaaaaat enjoy baca entry mereka , then aku try nak tiru cara or gaya mereka-mereka buat entry . Ohh fake gila aku rasa -.- Well , aku dah pun mula menge-fake , so . Aku rasa aku akan cuba habis kan entry ayat novel aku yang berkisar pasal kedatangan VIP aku ke maktab yang mungkin akan aku selesai kan, emm-- ada lah lagi duatiga entry yang aku insyaAllah akan buat nanti . Well , aku ingat nak karang je dekat Mic Word , tapi aku tak suka sebab bila alihkan masukkan dalam blog nanti font dia lari . Nanti aku akan jadi macam ' Ohh Damn! ' Haa , begitu .

Begini lah aku dah membebel banyak kat intro yang ntahhapehape , lagi aku nak cherita simple thing je , pasal aku pergi sekolah sejarah aku , means sekolah lame aku masa Form1 sampai Form3 iaitu SSI . Panjangnya SMK Sultan Ismail .

Plan , Hajar nak pergi amik sijil SPM kat situ , dan aku pun ambil sijil PMR aku yang berkurun lama kat situ . Hajar plan lepas amik tu terus keluar sebab lagipun bila masa lagi nak keluar sebab masa aku pun semakin suntuk hari demi hari . Har-har . Ajak Mila dengan Kikin lah macam biase , tapi memang susah nak plan sebab aku memang faham yang masing-masing ada kerja . Normal kot . Ye , Mila telah menjadi driver yang aku tak dapat pastikan bertauliah ke tak , dan Kikin sedang dalam proses nak amik lesen yang pastinya nanti bakal menjadi pemegang stereng bertauliah ♥ 

Sampai SSI , rasa macam segan gila nak masuk pintu pagar , so decide masuk ikut Aspuri dan ingat nak jumpa Puan dulu , dah lama aku tak jumpa Puan dan aku seriyes terharu gilaa bila Puan ingat nama aku 'Syafiqah' even though die sebut Shafiqah Supangat . Then , dah stay lama kat bilik Puan , Atikah dah datang , baru pergi amik sijil sama-sama , dengan menaiki kereta kepunyaan Nabil . Selepas adegan setengahhari bersama SSI tamat , kami bergerak ke CitySquare . And , ouhh seriyes buhsan atau actually taktau nak buat aktiviti apa kat situ , plus masa sedikit , plus plus kesian kat Nabil yang secara tidak langsung menjadi driver tak bergaji , plus plus plus CS banyak jalan tutup dan aku rasa tengah renovate CS tu, plus plus plus plus aku sangat eager nak jumpa Mila dan Kikin yang kami janji nak jumpa kat PlazaAngsana . Hew-hew . Actually , kesian kat Atikah sebab aku dengn Hajar nak balik dan pergi Angsana . Aku macam boleh nampak kat dahi dia 'Aku belum nak balik lagi lah korang' .


Random . Ha-ha . Well , dalam separuh hari , I through a lot experience with them . Dengan rasminya , nak buat pengisytiharan buat pertama kalinya , aku makan kat Secret Recipe . Ouhh , kopak ouhh . First time masuk kan , jadi memang kekeringan idea bila tengok menu . 


Secret Recipe Spaghetti Bolognese yang diorder dan mengenyangkan



Well , the best part ialah saat-saat di Angsana . Jumpa Mila dan Kikin kat Badan , dan secara tak langsung jumpa MakNab . Selain itu , jumpa Kak Syam juga . Macam taktau juga sebenarnya nak pergi mana kat Angsana tu actually , tapi sekurang-kurangnya ada hala tuju . Bila Mila kata nak cari Pashmina , kami pun naik tingkat paling atas . Bila aku kata nak betulkan jam , kami cari kedai jam . Siapa sangka kami pergi karok? Ha-ha . First time pergi karok dengan Kikin , Mila dan Hajar . Sangat ohhsem , tapi tak berapa puas sebab aku dengan housemate kat Melaka kalau melalak memang 2jam . Tapi , it is great that I have these experience with them . Gumawo


Thanks a lot friend , even sekejap , akhirnya dapat juga jumpa korang . Harap jumpa korang lagi , insyaAllah .

p/s: Nak masuk pic korang Hajar, Mila, Kikin tapi takde amik gambar kan time keluar tu. Kesal sikit lah. Ha-ha. Tapi takpe, takdelah nanti korang segan tiba-tiba sebab bertempek muka korang kat blog aku. Har-har.



Sincerely with lots of love ,
Achap



terima kasih daun keladi awak

Ex-roommate and Fav things ♥



Assalamualaikum peeps


Actually den nak update tentang benda lain, tapi tiba-tiba ada member sekolah selaku ex-roommate masa den stay kat maktab dulu, dia ajak chat. It was an extraordinary fun thing, because we chat a lot dan den rasa buat pertama kalinya macam tak cukup jari nak taip keyboard  lappy ni kerana nak balas chat laju-laju dan rupa-rupanya dia pakai keypad phone. Ha-ha, no wonder. 

Yeah, we chat a lot about my fav things, I bet it was her fav thing too, dek kerana cuti yang taktau nak buat apa kan kan. We talk a lot about Korean Drama actually, and a bit surprise yang banyak juga dia dah khatam. 

Tiba-tiba nak buat short list pula, senarai Drama/Movie Korea yang nak tengok


Drama ♥

Love Rain



Mary Stayed Out All Night



Movie ♥

A Moment To Remember



You're My Pet




Ni pun belum check cerita jepun lagi. Ohhmaigad! Obvious kan, ada banyak Jang Geun Suk punya cerita yang nak tengok. Ha-ha.


That's all, makin lama kang, makin banyak dan panjang lah senarai cerita yang den nak tengok. Seronoknya ♥


Wasalam




terima kasih daun keladi awak

Friday, May 18

Maktabku, Ku datang #2



Aku berborak-borak dengan Suzy. Agak lama sebenarnya tak berbual dengan siapa-siapa yang berstatus 'kawan' akibat dari cuti sem yang panjang dan aku hanya terperap di rumah. Penat mata aku asyik tengok jam, dan akhirnya tiba juga di Larkin dan aku semestinya sudah agak kami tiba lewat sedikit. Kami terus beli tiket bas dan tiket bas yang ada adalah pada pukul 12.30 tengah hari, yang paling awal.


Bas tiba awal, namun lumrah bas-bas express yang aku selalu naik, sememangnya bas-bas ini tidak akan mula bergerak mengikut masa yang tertera di tiket bas. Pastinya agak lewat sedikit. Agak rasa bersalah sikit pada Farah Ain bila Suzy bagitau

"Kau tau, tiket Ain pukul berapa?"
"Pukul berapa?"
"Pukul 9.00 pagi!"
"Yakah? Mesti dia dah sampai kat sana. Kenapa tak cakap awal-awal, boleh kita pergi awal sikit. Aku sebenarnya risau kita tak sempat sampai sebelum pejabat tutup."
"Ye, aku tau. Tapi dia baru bagitau pagi tadi."


Haa, kesian Ain kena tunggu. Apa boleh buat. Setelah bas bergerak, aku masih berborak-borak dengan Suzy. Jujur cakap, taktau kenapa bas start bergerak je, aku dah pening kepala. Rasa macam nak cabut sekejap kepala lepas buat pape yang patut supaya hilang sakit yang amat kat kepala aku, kemudian dah lega baru pasang balik. Argghh! Suzy pun tanya ada minyak angin ke tak kerana kami rupanya menderita kesakitan yang sama. Ha-ha.


Satu benda yang aku tak suka buat dalam bas ialah membalas text sesiapa sahaja yang dan satu benda yang aku suka buat ialah tidur di dalam bas   Heaven! 


Aku merasakan seperti bas kami naik tu, macam lambat lah pula, dan semakin kesian lah aku kat Ain selagi tak sampai kat Bus stand Bp tu. Ye, berasa kasihan jelah yang aku dapat buat, dan akhirnya kami sampai juga. Seterusnya aku dan Suzy terus jumpa Ain, dan sebelum menaiki bus TingTong untuk ke maktab pula kami terpaksa meletak beg kami di tempat khas yang perlu dibayar gara-gara beg yang dibawa ala-ala macam nak duduk seminggu kt Bp tu. Ha-ha.


Amoi : Sampai pukul berapa mau letak beg sini?
Suzy : Err
Aku : Ain, agak-agak sampai pukul berapa?
Ain : Pukul 5.30 petang, paling lambat.
Amoi : Ok, ini kedai tutup pukul anam, jangan lambat aa.
Kami : Okay-okay.


Kedai Amoi tu banyak komik lama, dan aku sempat belek-belek, dan WAH! Banyaknya yang takde dekat koleksi kat rumah yang aku berkenan! Kau tunggu aku yaa komik Ahh! Lupakan pasal komik, destinasi sekarang yang penting ialah maktab!


  

terima kasih daun keladi awak

Wednesday, May 16

Maktabku, Ku datang #1



Aku tempek bedak di muka, bedak Johnson. Kemudian aku calit kat hujung mata, celak Elianto yang aku tiba-tiba suka pakai. Aku kemas-kemas apa yang patut, kemudian aku angkat beg dan letak di atas meja di ruang tamu. Aku mencongak-congak, mengira-gira masih adakah barang yang perlu dibawa tapi aku belum sumbatkan masuk dalam beg.

"Dah siap semua? Takde barang tertinggal? Berus gigi?"
"Aaa ye!", aku bergegas ke bilik air yang indah permai.


"Mak, Along pergi tau ", aku salam mak dan Dik Cha. Dia ponteng sekolah sebab demam. Alahai, kesian Dik Cha. Alhamdulillah di tak 'hangin 1badan', almaklum budak-budak kecik tak sihat.


Aku berjalan di tepi jalan, menuju ke destinasi yang satu iaitu bus stop. Rasa macam tebal sangat kulit muka sebab tengah-tengah matahari yang agak terik berserta haba panas yang berlumba-lumba menyerbu ke muka, aku berbaju kurung yang agak ayu bersama beg sandang dan beg tepi menuju ke bus stop itu. 

'Ahh, mengapa mereka seperti tak pernah melihat perempuan atau adakah aku kelihatan seperti Puteri Retno Dumilah dalam novel Bagaikan Puteri? Apa barang sweet sweet hon hon anak dara orang! Aku baling batu, tak sia-sia accident pula kang! Aisshhh', aku membebel sorang-sorang sambil berfikir-fikir 'Cepat ke aku dapat teksi ni? Sempat ke sampai sebelum pukul 12'. Aku risau amat.


Aku duduk di bangku yang tersedia di bus stop. New message from Suzy. Aku balas. Dia balas balik, aku balas balik. Aku cuba tahan teksi bila aku nampak, tapi haram jadah teksi nak berhenti. Tengok-tengok ada orang rupenya. Cehh!


Aku dah naik teksi

Aku berfikir-fikir kemudian aku terus mendail. "Wehh, suruh pakcik teksi kau tu amik aku kat sini boleh tak?" Aku fed up menunggu teksi, lalu aku ambil langkah tak berapa drastik itu, menyuruh Suzy mengambil aku di bus stop ini.


Sambil menunggu Suzy bersama perasaan risau cuak kebebeh, aku pergi melabur di kedai topup berhampiran memandangkan credit aku ala-ala hidup segan mati tak mahu. Semakin lama, semakin agak ramai budak sekolah bertandang di bus stop itu. Segan sungguh, tapi alhamdulillah Suzy bersama teksi pun tiba.

Cepat-cepat aku naik teksi, dan serta merta rasa lega yang amat. Teksi terus menuju ke Larkin, destinasi yang kami perlu pergi untuk menaiki teksi dan terus ke Batu Pahat, seterusnya ke maktab yang aku rindu





terima kasih daun keladi awak

Monday, May 14

Nasihat bagus


Assalamualaikum peeps


Apa pendapat anda tentang facebook?

Bagi den banyak impact, kesan, yang boleh menyebabkan perubahan emosi dan perasaan, mungkin. *aku merepek* Bagi den, facebook memberi kita variasi atau pelbagai kesan. Facebook kadang-kadang mengembirakan, kadang-kadang menyedihkan. Kadang-kadang buat kita lalai, kadang-kadang buat kita lebih peka. Bagi den, manusia-manusia yang mempunyai account fb ini, haruslah menggunakan apa yang anda perolehi dari facebook dengan sebaik-baiknya, harus berfikir secara rasional tentang perkara yang baik dan perkara yang buruk. Baiklah, den bukan nak menjadi pakar motivasi tak bertauliah di sini ye. Ha-ha.


Sebenarnya nak share sesuatu yang mungkin menarik bagi readers yang membaca, mungkin juga tak menarik. Terpulanglah sebenarnya bagaimana anda rasa benda ini menarik atau tidak? *aku membebel*


Den jumpa ini , daripada friend fb yang memang kawan den masa kat maktab. Namanya, Alya Maisara. Apa yang dia post kat fb ni menarik perhatian den  


Dalam Al-Quran, ada 30 juzuk.
Satu juzuk, ada 20 muka surat.
Satu hari, ada 5 waktu solat.
Bacalah 4 muka surat setiap waktu, InsyaAllag settle satu juzuk satu hari.
Kalau buat macamtu, satu bulan dah boleh khatam kan  

Bagi den, insyaAllah den akan cuba praktikkan benda ini dalam kehidupan seharian. Benda baik, tak salah kan kawan-kawan?




That's all, wasalam




terima kasih daun keladi awak

Tuesday, May 8

B.A.P - Warrior ♥




[Bang] Warrior Is Back
[Zelo] We Gonna Rock This
[Daehyun] Oh~No~Woah Woah~
[Bang] B.A.P

[Bang] What's Your B?
Matseo ssaulkke I georie yeonghondeureul wihae whoa

[Bang] What's Your A?
Saeroun hyeongmyeongui sijakjeom
Magaboltemyeon magabwa nal

[Bang] What's Your P?
Akhan DNA, baireoseu
Urin jeonsadeureul da irheosseo
Once Again, What's The Name Of The Game? B.A.P
Da ireoseo

[Youngjae] kkeuteomneun jeonjaengeun nugul wihaeinna
[Jongup] Bang Bang bigeophage da geudae dwieseo meoril gyeonunda
[Daehyun] geudaedeurui wiseoneun yongseobadeul su inna
[Himchan] Bomb Bomb eoduun gamyeon sogeul da deonjyeo
Get It On

[All] Warrior
[Daehyun] taeyangarae neoreul matgyeobwa
Nae gaseume bureul jipyeobwa
[All] digidigideom digidigideom
Warrior
[Youngjae] chongalboda jomdeo ppareuge
Nigaseume pago deureoga
Digidigideom digidigideom
[Daehyun] mogeul joyeoganda

[All] Get down Get down
GetGetGetGet Get down
Get down Get down
(Bow Wow Wow Wow Wow)
Get down Get down
GetGetGetGet Get down
Get down Get down
(Bow Wow Wow Wow Wow)
[ Lyrics from: http://www.lyricsty.com/bap-warrior-lyrics.html ]
[Zelo] Yeah
Ginagin ssaume mogi mareun
Geu daedeureul wihae nallineun Punch
Seoroga dareugo pyeoneul gareugo
Geu mari got mujihan saramdeul marigo
Simjange ullineun nae mari nimalgwa dareuni
Hwaganani deureo samadi jansori
([Bang] Rest In Peace) jinsildeureul wihan I gido
Garyeojin siseutem geomeun geurimjaga wiro
Deopyeodo gulhaji annneun sinseonghan baetji
What's The Name Of The Game? B.A.P

[Youngjae] jeolmangui neupeseo sara bonjeok inna
[Jongup] Bang Bang angmongdeuri nal goerophyeo gil irheun nachimban
[Daehyun] angma gateun ipsullo neon swipge malhal tenga
[Himchan] Bomb Bomb hana dulssik jugeoga jiok gateun mare sumi meojeoga

[All] Warrior
[Daehyun] taeyangarae neoreul matgyeobwa
Nae gaseume bureul jipyeobwa
[All] digidigideom digidigideom
Warrior
[Youngjae] chongalboda jomdeo ppareuge
Ni gaseume pago deureoga
Digidigideom digidigideom
[Daehyun] mogeul joyeoganda
[All] Get down Get down
Get Get Get Get Get down
Get down Get down
(Bow Wow Wow Wow Wow)

[Youngjae] haneurarae geudaen garyeojiji annneunda
[Daehyun] sumeobwado jinsil ape mureup kkurnneunda
Neoneoneoneoneoneo neoneo neon~

[All] Warrior
[Daehyun] taeyangarae neoreul matgyeobwa
Nae gaseume bureul jipyeobwa
[All] digidigideom digidigideom
Warrior
[Youngjae] chongalboda jomdeo ppareuge
Ni gaseume pago deureoga
[All] digidigideom digidigideom
[Daehyun] mogeul joyeoganda

[All] Get down Get down
GetGetGetGet Get down
Get down Get down
(Bow Wow Wow Wow Wow)






 Sila pause yang di bawah tu dulu ♥ Fav member Daehyunnie.



terima kasih daun keladi awak

Terima kasih sebab lahir ke dunia ♥



Assalamualaikum peeps


So, I guest this is a special post that I 'karang' for my 'great' friends. So yesterday, 8 May 2012 merupakan hari yang mereka ini patut bersyukur, dan semestinya mereka bersyukur *aku tau*. Alhamdulillah, mereka-mereka ini yang telah lahir pada tarikh ini, so I'm wishing for all people out there, doesn't matter we know each other or not, I love to dedicate a special words.

Happy Birthday to you

Should we sing together? Den suka sangat-sangat lagu ni

----------------------------------------------
Happy Birthday to you,

You we're born in the zoo,
With the monkey and kangaroo,
Happy Birthday to you

----------------------------------------------
 Ain't that sweet? Ha-ha. Special post ni, den buat untuk orang-orang penting yang den sayang *wah kembang lah kau nanti Ada*

Syuhada Tajuddin


and also to him , a chingu of mine too

Syed Shaddad and Mu'az

Okay a special wishes for Syuhada Tajuddin ;

I love you ♥ | may Allah bless you | happy always | rambut cepat panjang | diet cepat kurus
em, nanti tuntut Dale


and some wishes for Syed Shaddad ;

may Allah bless you | Good Luck for SPM'12 | happy always with you beloved ones |




okiedokie, got to go.
Wasalam.





terima kasih daun keladi awak

Result --,



Assalamualaikum, wah wah!

Sekarang debaran sudah hilang, lega+lega+bersyukur.



Mungkin result den tak sehaguih hangpa semua kat luar sane, atau pun yang tengah baca tu, tapi den bersyukur sangat. Result den ada peningkatan lah. Walaupun tak banyak sampai mencecah 3.5, apatah lagi empat rata. Ha-ha.


Mak tak begitu gumbira rasanya, tapi die kate ade peningkatan dan semua lulus, Alhamdulillah. Maaf mak, mungkin usaha tak cukup sangat. 'Orang berjanji akan cuba untuk mendapat yang terbaik untuk sem depan  Mak nak orang Dekan kan  Ya, saya akan cuba mak, untuk membanggakan mak, serta tidak memalukan mak dengan saudara-mara yang lain. Orang tau, orang tidak sehebat anak-anak adik-beradik mak atau pun sepupu yang lain. Diri sendiri rasa sebak, em tak boleh nak complain ape-ape kan. Saya akan cuba dengan lebih bersungguh-sungguh untuk mak. Saya sayang mak sangat'


'Ya Allah, tunjukkanlah hamba Mu ini, jalan yang benar dan lurus, jalan yang diredai Mu. Tunjukkan jalan menuju kejayaan di dunia dan di akhirat. Kau ampunkanlah dosa-dosa ku, dosa ibu bapa ku, dosa saudara-saudara ku, dosa saudara Islam ku. Berilah aku petunjuk kearah yang benar, berilah aku petunjuk agar lebih insaf dan lebih bertaubat. Peliharalah aku sebelum Hari Kiamat, bantulah aku Ya Allah. Sesungguhnya, Kau maha Pengasih, Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Amin'


Alhamdulillah untuk hari ini , that's all peeps .


Wasalam





terima kasih daun keladi awak

// New ♥



Hari ini , aku gila-gila punya update blogg . Aku sendiri kagum . Ha-ha . Ahh , mata dah sakit sangat dari tadi update blog . I'm justt hoping people enjoy reading my blog

That's all peeps . Okiedokie .
Wasalam .



terima kasih daun keladi awak