Friday, May 18

Maktabku, Ku datang #2



Aku berborak-borak dengan Suzy. Agak lama sebenarnya tak berbual dengan siapa-siapa yang berstatus 'kawan' akibat dari cuti sem yang panjang dan aku hanya terperap di rumah. Penat mata aku asyik tengok jam, dan akhirnya tiba juga di Larkin dan aku semestinya sudah agak kami tiba lewat sedikit. Kami terus beli tiket bas dan tiket bas yang ada adalah pada pukul 12.30 tengah hari, yang paling awal.


Bas tiba awal, namun lumrah bas-bas express yang aku selalu naik, sememangnya bas-bas ini tidak akan mula bergerak mengikut masa yang tertera di tiket bas. Pastinya agak lewat sedikit. Agak rasa bersalah sikit pada Farah Ain bila Suzy bagitau

"Kau tau, tiket Ain pukul berapa?"
"Pukul berapa?"
"Pukul 9.00 pagi!"
"Yakah? Mesti dia dah sampai kat sana. Kenapa tak cakap awal-awal, boleh kita pergi awal sikit. Aku sebenarnya risau kita tak sempat sampai sebelum pejabat tutup."
"Ye, aku tau. Tapi dia baru bagitau pagi tadi."


Haa, kesian Ain kena tunggu. Apa boleh buat. Setelah bas bergerak, aku masih berborak-borak dengan Suzy. Jujur cakap, taktau kenapa bas start bergerak je, aku dah pening kepala. Rasa macam nak cabut sekejap kepala lepas buat pape yang patut supaya hilang sakit yang amat kat kepala aku, kemudian dah lega baru pasang balik. Argghh! Suzy pun tanya ada minyak angin ke tak kerana kami rupanya menderita kesakitan yang sama. Ha-ha.


Satu benda yang aku tak suka buat dalam bas ialah membalas text sesiapa sahaja yang dan satu benda yang aku suka buat ialah tidur di dalam bas   Heaven! 


Aku merasakan seperti bas kami naik tu, macam lambat lah pula, dan semakin kesian lah aku kat Ain selagi tak sampai kat Bus stand Bp tu. Ye, berasa kasihan jelah yang aku dapat buat, dan akhirnya kami sampai juga. Seterusnya aku dan Suzy terus jumpa Ain, dan sebelum menaiki bus TingTong untuk ke maktab pula kami terpaksa meletak beg kami di tempat khas yang perlu dibayar gara-gara beg yang dibawa ala-ala macam nak duduk seminggu kt Bp tu. Ha-ha.


Amoi : Sampai pukul berapa mau letak beg sini?
Suzy : Err
Aku : Ain, agak-agak sampai pukul berapa?
Ain : Pukul 5.30 petang, paling lambat.
Amoi : Ok, ini kedai tutup pukul anam, jangan lambat aa.
Kami : Okay-okay.


Kedai Amoi tu banyak komik lama, dan aku sempat belek-belek, dan WAH! Banyaknya yang takde dekat koleksi kat rumah yang aku berkenan! Kau tunggu aku yaa komik Ahh! Lupakan pasal komik, destinasi sekarang yang penting ialah maktab!


  

terima kasih daun keladi awak

No comments:

Post a Comment