Wednesday, May 16

Maktabku, Ku datang #1



Aku tempek bedak di muka, bedak Johnson. Kemudian aku calit kat hujung mata, celak Elianto yang aku tiba-tiba suka pakai. Aku kemas-kemas apa yang patut, kemudian aku angkat beg dan letak di atas meja di ruang tamu. Aku mencongak-congak, mengira-gira masih adakah barang yang perlu dibawa tapi aku belum sumbatkan masuk dalam beg.

"Dah siap semua? Takde barang tertinggal? Berus gigi?"
"Aaa ye!", aku bergegas ke bilik air yang indah permai.


"Mak, Along pergi tau ", aku salam mak dan Dik Cha. Dia ponteng sekolah sebab demam. Alahai, kesian Dik Cha. Alhamdulillah di tak 'hangin 1badan', almaklum budak-budak kecik tak sihat.


Aku berjalan di tepi jalan, menuju ke destinasi yang satu iaitu bus stop. Rasa macam tebal sangat kulit muka sebab tengah-tengah matahari yang agak terik berserta haba panas yang berlumba-lumba menyerbu ke muka, aku berbaju kurung yang agak ayu bersama beg sandang dan beg tepi menuju ke bus stop itu. 

'Ahh, mengapa mereka seperti tak pernah melihat perempuan atau adakah aku kelihatan seperti Puteri Retno Dumilah dalam novel Bagaikan Puteri? Apa barang sweet sweet hon hon anak dara orang! Aku baling batu, tak sia-sia accident pula kang! Aisshhh', aku membebel sorang-sorang sambil berfikir-fikir 'Cepat ke aku dapat teksi ni? Sempat ke sampai sebelum pukul 12'. Aku risau amat.


Aku duduk di bangku yang tersedia di bus stop. New message from Suzy. Aku balas. Dia balas balik, aku balas balik. Aku cuba tahan teksi bila aku nampak, tapi haram jadah teksi nak berhenti. Tengok-tengok ada orang rupenya. Cehh!


Aku dah naik teksi

Aku berfikir-fikir kemudian aku terus mendail. "Wehh, suruh pakcik teksi kau tu amik aku kat sini boleh tak?" Aku fed up menunggu teksi, lalu aku ambil langkah tak berapa drastik itu, menyuruh Suzy mengambil aku di bus stop ini.


Sambil menunggu Suzy bersama perasaan risau cuak kebebeh, aku pergi melabur di kedai topup berhampiran memandangkan credit aku ala-ala hidup segan mati tak mahu. Semakin lama, semakin agak ramai budak sekolah bertandang di bus stop itu. Segan sungguh, tapi alhamdulillah Suzy bersama teksi pun tiba.

Cepat-cepat aku naik teksi, dan serta merta rasa lega yang amat. Teksi terus menuju ke Larkin, destinasi yang kami perlu pergi untuk menaiki teksi dan terus ke Batu Pahat, seterusnya ke maktab yang aku rindu





terima kasih daun keladi awak

No comments:

Post a Comment