Thursday, May 24

Banyak tempat plus random

Assalamualaikum peeps

Hari ini , aku buat entry sempoi sebab aku penat nak buat entry yang ayat ala-ala dalam novel , yang entah kenapa aku pun taktau tiba-tiba nak buat entry yang ayatnya begituu skematikus bagai *ayat aku macam sengal* Aku rasa ni mesti kes aku banyak baca entry orang yang aku suka baca entry mereka , yang entry mereka jalan cerita ala-ala cerpen pendek , yang aku sangaaaaat enjoy baca entry mereka , then aku try nak tiru cara or gaya mereka-mereka buat entry . Ohh fake gila aku rasa -.- Well , aku dah pun mula menge-fake , so . Aku rasa aku akan cuba habis kan entry ayat novel aku yang berkisar pasal kedatangan VIP aku ke maktab yang mungkin akan aku selesai kan, emm-- ada lah lagi duatiga entry yang aku insyaAllah akan buat nanti . Well , aku ingat nak karang je dekat Mic Word , tapi aku tak suka sebab bila alihkan masukkan dalam blog nanti font dia lari . Nanti aku akan jadi macam ' Ohh Damn! ' Haa , begitu .

Begini lah aku dah membebel banyak kat intro yang ntahhapehape , lagi aku nak cherita simple thing je , pasal aku pergi sekolah sejarah aku , means sekolah lame aku masa Form1 sampai Form3 iaitu SSI . Panjangnya SMK Sultan Ismail .

Plan , Hajar nak pergi amik sijil SPM kat situ , dan aku pun ambil sijil PMR aku yang berkurun lama kat situ . Hajar plan lepas amik tu terus keluar sebab lagipun bila masa lagi nak keluar sebab masa aku pun semakin suntuk hari demi hari . Har-har . Ajak Mila dengan Kikin lah macam biase , tapi memang susah nak plan sebab aku memang faham yang masing-masing ada kerja . Normal kot . Ye , Mila telah menjadi driver yang aku tak dapat pastikan bertauliah ke tak , dan Kikin sedang dalam proses nak amik lesen yang pastinya nanti bakal menjadi pemegang stereng bertauliah ♥ 

Sampai SSI , rasa macam segan gila nak masuk pintu pagar , so decide masuk ikut Aspuri dan ingat nak jumpa Puan dulu , dah lama aku tak jumpa Puan dan aku seriyes terharu gilaa bila Puan ingat nama aku 'Syafiqah' even though die sebut Shafiqah Supangat . Then , dah stay lama kat bilik Puan , Atikah dah datang , baru pergi amik sijil sama-sama , dengan menaiki kereta kepunyaan Nabil . Selepas adegan setengahhari bersama SSI tamat , kami bergerak ke CitySquare . And , ouhh seriyes buhsan atau actually taktau nak buat aktiviti apa kat situ , plus masa sedikit , plus plus kesian kat Nabil yang secara tidak langsung menjadi driver tak bergaji , plus plus plus CS banyak jalan tutup dan aku rasa tengah renovate CS tu, plus plus plus plus aku sangat eager nak jumpa Mila dan Kikin yang kami janji nak jumpa kat PlazaAngsana . Hew-hew . Actually , kesian kat Atikah sebab aku dengn Hajar nak balik dan pergi Angsana . Aku macam boleh nampak kat dahi dia 'Aku belum nak balik lagi lah korang' .


Random . Ha-ha . Well , dalam separuh hari , I through a lot experience with them . Dengan rasminya , nak buat pengisytiharan buat pertama kalinya , aku makan kat Secret Recipe . Ouhh , kopak ouhh . First time masuk kan , jadi memang kekeringan idea bila tengok menu . 


Secret Recipe Spaghetti Bolognese yang diorder dan mengenyangkan



Well , the best part ialah saat-saat di Angsana . Jumpa Mila dan Kikin kat Badan , dan secara tak langsung jumpa MakNab . Selain itu , jumpa Kak Syam juga . Macam taktau juga sebenarnya nak pergi mana kat Angsana tu actually , tapi sekurang-kurangnya ada hala tuju . Bila Mila kata nak cari Pashmina , kami pun naik tingkat paling atas . Bila aku kata nak betulkan jam , kami cari kedai jam . Siapa sangka kami pergi karok? Ha-ha . First time pergi karok dengan Kikin , Mila dan Hajar . Sangat ohhsem , tapi tak berapa puas sebab aku dengan housemate kat Melaka kalau melalak memang 2jam . Tapi , it is great that I have these experience with them . Gumawo


Thanks a lot friend , even sekejap , akhirnya dapat juga jumpa korang . Harap jumpa korang lagi , insyaAllah .

p/s: Nak masuk pic korang Hajar, Mila, Kikin tapi takde amik gambar kan time keluar tu. Kesal sikit lah. Ha-ha. Tapi takpe, takdelah nanti korang segan tiba-tiba sebab bertempek muka korang kat blog aku. Har-har.



Sincerely with lots of love ,
Achap



terima kasih daun keladi awak

No comments:

Post a Comment