Wednesday, October 24

budak-budak dan kain



June keluar dari Butik Purple. Aku dah habis sedut Ice Blended Premium Coffee yang kami beli di CoolBlog tadi. Hari ini panas betul. Memang haus lepas tunggu Pakcik 60km/h di tepi Mini Mart. Bertambah haus lepas kena jalan dari BSN ke CIMB Bank apabila akak kaunter BSN tu kata "Mesin kira duit syiling kat sini rosak lah dik". Dalam kepala aku dah terbayang-bayang ice blended dekat CoolBlog tu. Akhirnya duit-duit syiling tu tak selamat masuk ke dalam bank, tapi selamat disimpan di kedai Melati sebelah bank. Senang kata jumlah RM dekat akaun bank June tu tak bertambah pun.

"Achap, nak pegi mana-mana tak?"

"Ntah, mana aku tau kau. em, ada kan kedai buku kat atas tu aku tak pernah pergi. Jom!"

"K. Pastu aku nak pergi Tampin Shopping Centre. Nak beli barang sikit"

"Barang apa kau nak beli?"

"Adalah.."

Sampai kedai buku, aku masuk, round-round. Kedai tu environment dia tak berapa nak best. Aku kalau pergi kedai buku suka lepak lama-lama berjam-jam dah macam buat tempat tuh jadi rumah sendiri, tapi tidak kedai buku yang ini. Buku pun banyak untuk budak-budak sekolah je. Novel ada juga, tapi feel nak beli novel takde pun lagi-lagi duit dalam bank angkanya dah tak cantik, dah tak empat angka. Hmm. At last, I just grab a book about MUET. Cehh, wa bajet beli macam nak study MUET gila-gila konon.

Selesai di kedai buku, pergi ke Tampin Shopping Centre. Rutin harian kami berempat kalau jejak kaki kat situ, mesti pergi mesin timbang kilo badan. June nak ke tingkat paling atas, tempat jual alat tulis - so aku decide naik tangga gara-gara hanya kekurangan berat 10g dari kg yang lepas. Wa taktau ape nak jadi sebenarnya hari ini.

Jejak kaki kat F1 tu, ada budak-budak dalam lift Tampin tu. Ala standard budak-budak suka main lift. Aku relax jep. 

"Nak naik tak kak?"

"Ahh, tak payah tak payah takpe takpe"

Jejak F2, lift dah terbuka dulu.

"Eeehhhhhh, jumpa lagi!"

Aku hanya senyum sambil dalam hati niat, 'wa taknak jumpa dah budak-budak ni kat next level'. Sampai L3, budak-budak bersama lift ada lagi. Aku pun pura-pura nak cari barang kat level tu. June terkedek-kedek kat belakang aku buat muka 20sen warna emas. Aku dah start tak sedap hati. Aku relax jap kat L3 dengan harapan budak-budak lift tu turun bawah semula bersama lift, so then aku boleh daki ke L4 dengan aman dan nyaman. Aku terus meneruskan pendakian ke L4, destinasi utama June. Sampai L4 budak-budak tu

"Eeehhhhhh, jumpa lagi"

"Belanja PSP kak"

"Takde duit lah."

Aku pergi tempat fail-fail, tinggalkan budak-budak tu kat tangga. Aku tinggalkan deme, deme mengekor aku! Aku dah rasa tak syok. Aku dalam hati 'alah budak-budak ni, mak diorang kat bawah kot'. Aku gerak dari satu tempat ke satu tempat, budak-budak tu mengekor aku lagi. Aku amik setepak, deme setapak. Aku amik dua tapak, deme amik dua tapak. Aku amik tiga tapak, deme amik tiga tapak juga. Aku amik bertapak-tapak, deme pun bertapak-tapak-tapak-tapak kat belakang aku. Aci macam cerita dolu-dolu cerita P. Ramlee tu, Pendekar Bujang Lapok. Scary Movie Me wehhh! Horror kot.

Aku cepat-cepat pergi kat June yang dah selesai melabur duit kat cashier. June buat muka 'budak-budak tu ikut kau!'. Aku pula buat muka 'aku pun taktau sejak bila aku ada ekor ni'.

"June, dah cepat-cepat turun"

Kami amik tangga untuk turun ke bawah. Wa nampak budak-budak tu kelam kabut tekan lift. Gaya macam nak menyamun wa. Wa amik phone wa kat poket belakang pindah ke depan. Wa rasa macam tak cukup nafas. Wa bayang kalau lift terbuka, wa mungkin boleh escape kat mana-mana level. But then, wa realise budak-budak tu pun ikut turun tangga kat belakang wa. Seram tokk! Sampai G Level

"Nak beli pape barang ke chap?"

"Tak payah tak payah tak payah, cepat-cepat keluar"

Wa gelabah dan gopoh-gopoh keluar Tampin Shopping Centre dan dalam hati wa 'ouh budak-budak, maaflah sampai di sini sahaja kome boleh stalk dan jadi ekor aku. Pergilah kat mak kome sana'. Wa pun terus jalan sampai masuk kedai buku yang bersebelahan kedai kain Mk Curtain dan TNB tu. Wa cuba-cuba dengar-dengar, cuba-cuba pandang-pandang intai nak tau budak-budak tu ada lagi ke? Wa baru nak lega, wa nampak deme masih mengekor wa! Amma appa, anak siapa yang suka sangat kat aku ni weh?

Wa pergi kat suratkhabar dalam kedai buku tu. Wa kalih sebelah, budak tu ada lagilah bhai. 

"Achap, budak tu ikut lagi lah wehh. Camane nih?"

"Mana aku tau. Aisshhh, taktau lah sejak bila aku ada ekor nih. Cepat-cepat call pakcik suruh amik sekarang. Aku takkan keluar dari sini sampai pakcik sampai!"

Aku bergerak sedikit, budak-budak tu masih mengekor. Serious, first time wa kena betul-betul kaww macamni. Wa rasa macam nak pergi Balai buat report time tu juga.

Unknown, tiba-tiba kawan budak tu berada di belakang kedai. Dia panggil seorang antara budak tu yang memang betul-betul mengekor wa. Then

"Chap, aku nak pergi kedai kain sebelah. Jom!"

"Ok ok. Cepat budak tu tak perasan. Cepat cepat jalan June. Cepat lah!"

Siapa sangka, kami dah macam nak pecut gila-gila laju keluar dari kedai tu, cepat-cepat masuk kedai kain Mk kat sebelah tu then nak cari tempat bersembunyi dari budak-budak tu, dah tak ubah macam gaya nak merompak kedai kain tu. Ahmoi kat situ dah tengok kami semacam dengan riak 'lu olang mau rompak ini kedai kah?'.

Hari ini, sumpah lawak bila ingat balik. Siapa sangka dengan budak-budak sekolah rendah umur 8 9 tahun pun manusia umur 19 tahun takut?



kedai Shakir Mamak.


Sincerely with lots of love,
Harhar



terima kasih daun keladi awak

No comments:

Post a Comment